KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas Perdagangan Dalam Negeri, Keusahawanan, Kos Sara Hidup dan Pertanian Parlimen antara lain mengesyorkan peruntukan Program Jualan Rahmah ditingkatkan bagi tahun 2024.
Jawatankuasa itu dalam satu kenyataan semalam memaklumkan syor yang dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa itu pada Selasa adalah bagi membantu lebih ramai rakyat dalam meringankan beban kos sara hidup.
"Selain itu, jawatankuasa ini juga menyambut baik inisiatif Kad Insentif Menu Rahmah kepada peniaga Menu Rahmah yang dapat membeli bahan mentah dengan harga yang lebih murah dan langkah ini dipercayai boleh menggalakkan lebih ramai peniaga terlibat dalam menyediakan Menu Rahmah.
"Jawatankuasa ini juga mengesyorkan agar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melibatkan lebih ramai peniaga tempatan untuk terlibat dalam program Jualan Rahmah supaya lebih ramai peniaga kecil mendapat peluang perniagaan," kata jawatankuasa itu.
Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Perdagangan Dalam Negeri, Keusahawanan, Kos Sara Hidup dan Pertanian Bil. 6 Tahun 2023 yang diadakan pada Selasa melibatkan taklimat daripada KPDN mengenai program Payung Rahmah.
Mesyuarat itu dihadiri Timbalan Menteri KPDN Fuziah Salleh; Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas itu Cha Kee Chin (PH-Rasah); Edwin Banta (GPS-Selangau); Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan (GRS-Keningau) dan Manndzri Nasib (BN-Tenggara).
Ia turut disertai Tan Kar Hing (PH-Gopeng); Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang); Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu); dan Datuk Muslimin Yahaya (PN-Sungai Besar) serta wakil kementerian.
Menurut kenyataan itu, skop pembentangan Fuziah adalah mengenai Program Payung Rahmah meliputi inisiatif Menu Rahmah, Jualan Rahmah, Pakej Rahmah, Bakul Rahmah, Menu Siswa Rahmah dan Bazar Ramadan Rahmah.
Jawatankuasa itu turut merakamkan penghargaan kepada bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub yang memperkenalkan Program Payung Rahmah dan berharap program itu diteruskan pada masa akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 14 2023
KPDN disaran melibatkan lebih ramai peniaga tempatan untuk terlibat dalam program Jualan Rahmah supaya lebih ramai peniaga kecil mendapat peluang perniagaan. - Gambar hiasan/BERNAMA
Bursa Malaysia naik pada dagangan awal
Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan semula pada dagangan awal, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang positif.
Polis tahan empat lelaki disyaki terlibat kes samun, cubaan culik
Anggota unit D9 IPK Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai melakukan serbuan kira-kira pukul 10.50 pagi hingga 4.50 petang.
Ringgit naik kepada 4.68 berbanding dolar AS pada sesi pembukaan
Mohd Afzanizam berkata mata wang tempatan boleh berada pada paras RM4.67 hingga RM4.68.
Isu telaga jejari: Kerajaan Kelantan beri kerjasama penuh kepada SPRM
Mohamed Fadzli berkata Kerajaan Kelantan tidak akan menganggu proses penyiasatan yang sedang berjalan.
Pilihan raya AS: Biden, Trump setuju dengan dua Debat Presiden
Joe Biden dan Donald Trump setuju mengadakan dua Debat Presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian daripada kempen pilihan raya.
Legasi Sudirman wajar diteruskan - Aznil
Sudirman mengubah pandangan masyarakat terhadap penggiat seni apabila menampilkan benchmark baharu - iaitu artis perlulah terpelajar.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Android akan tambah ciri kenal pasti kejadian ragut, kunci peranti
Menerusi kemas kini terbaharu, peranti Android akan dapat mengenal pasti telefon sekiranya diragut perompak dan mengunci akses.
UPM hasilkan gel tenaga dari kurma untuk ahli sukan dan aktiviti lasak
Pasukan penyelidik menghasilkan formulasi gel tenaga baharu menggabungkan bahan-bahan berkhasiat atau superfood dalam satu paket kecil.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Penganjuran Sukan Komanwel: JKPK Parlimen panggil KBS
Nasib Sukan Komanwel 2026 masih menjadi tanda tanya selepas Victoria di Australia, yang sepatutnya menjadi tuan rumah edisi ke-23 itu, menarik diri pada Julai tahun lepas
DNAA Zahid: Pelik bila Parlimen campuri urusan kehakiman - Nur Jazlan
Tindakan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang mahu memanggil Peguam Negara dan bekas Peguam Negara mengenai kes Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi disifatkan sebagai luar biasa.
Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen syor tingkat peruntukan Jualan Rahmah
Syor yang dibuat selepas mesyuarat pada Selasa adalah bagi membantu lebih ramai rakyat dalam meringankan beban kos sara hidup.
Zahid serah kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen ambil langkah pencerahan isu DNAA
Jawatankuasa itu akan memanggil Peguam Negara Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh untuk memberikan penjelasan berhubung keputusan DNAA berkenaan.
RUU kawalan merokok dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen
Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 akan dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan Parlimen untuk penelitan lanjut.
Wujudkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai hal-hal fiskal - IDEAS
Ia perlu ditubuhkan dalam usaha meningkatkan pendapatan dan mengurangkan hutang negara.
Semua backbencher disaran sertai Jawatankuasa Khas Parlimen - Speaker Dewan Rakyat
Semua Ahli Parlimen yang tidak memegang sebarang jawatan eksekutif disaran untuk menyertai Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.
Draf RUU Antilompat Parti selesai, hampiri usaha hapuskan 'koloni katak' - Azalina
RUU tersebut merupakan satu lagi langkah untuk menghapuskan budaya katak politik, serta memastikan politik Malaysia lebih bermaruah.
Salahuddin gesa Azam Baki dihadap ke Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen
Salahuddin menjelaskan ia bertujuan untuk Azam disoal siasat berkaitan isu pemilikan saham dalam jumlah yang mencurigakan.
Azalina cadang perkasa PSC, ada 'taring' panggil penjawat awam beri keterangan
Agenda tersebut perlu dimasukkan dalam Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang termeterai antara kerajaan dan pembangkang.